Visi SIB Sabah
TENTANG KAMI
Gereja SIB Bandaraya Kota Kinabalu ialah gereja yang memuliakan Tuhan dan berkomitmen menjadi gereja yang peduli dan membawa berkat melalui pemuridan, pelayanan dan pengutusan.

Komuniti
Ruang untuk bertumbuh bersama
Firman
Akar yang meneguhkan iman
Pelayanan
Kasih yang menjadi tindakan
PERJALANAN KAMI
Pada awal 1970-an, warga jemaat SIB yang berpindah ke Kota Kinabalu kerana pekerjaan dan pendidikan mula berkumpul. Mereka beribadah bersama dengan kerinduan memiliki gereja SIB di bandar ini.
Perjalanan itu membawa jemaat dari Kampung Air dan Bukit Bendera, ke Likas, Bandaran Berjaya, dan akhirnya ke Kompleks Sinsuran pada Ogos 1989. Setiap langkah dibina melalui doa, pengorbanan dan perpaduan jemaat.
VISI & MISI RASMI
SIB Bandaraya Kota Kinabalu ialah sebuah gereja yang memuliakan Tuhan melalui pelayanan, pemuridan dan pengutusan, serta berkomitmen menjadi gereja yang peduli dan membawa berkat kepada komuniti dan bangsa.
Visi SIB Sabah
Visi Gereja SIBBKK
Tema Gereja SIBBKK
MISI GEREJA
Misi ini membentuk cara gereja melayani, memuridkan, memperlengkapi dan mengutus jemaat.
Membawa manusia kepada Tuhan
Membangun kehidupan rohani jemaat
Memperlengkapi jemaat dengan Firman Tuhan
Melayani dalam gereja
Mengutus
KEPIMPINAN
Pastor Jonathan A. Ahad
Pastor Sidang
Ahli Majlis Sidang
Penatua, diakon dan pemimpin pelayanan
Pasukan Pelayanan
Melayani setiap generasi dan komuniti
SEJARAH PENUBUHAN
Gereja SIB Bandaraya Kota Kinabalu merupakan sebuah gereja lokal yang bertapak di kawasan Bandaraya Kota Kinabalu sejak tahun 1970-an. Perjalanan pelayanan gereja ini bermula dari Likas, ke Bukit Bendera, ke Lembah Pantai, dan akhirnya berpusat di Kompleks Sinsuran, Kota Kinabalu.
Awal 1970-an
Permulaan Persekutuan
Pada awal tahun 1970-an, belum ada satu pun gereja SIB di kawasan Kota Kinabalu. Namun, warga jemaat SIB mula berhijrah ke bandar ini atas faktor pekerjaan dan pendidikan, khususnya di institusi seperti Kolej Jururawat, YSITM, Maktab Perguruan Gaya dan Maktab Sabah.
Ketiadaan gereja SIB menyebabkan mereka terpaksa berbakti di gereja lain seperti Gereja Baptis, Gereja Basel, Sidang Injil Sabah dan Grace Chapel.
Pertemuan pertama jemaat SIB diadakan di Book Room, Kampung Air. Pertemuan ini dihadiri oleh beberapa pemimpin awal, termasuk:
Persekutuan ini membawa kepada penubuhan Gereja SIB Bukit Bendera yang menumpang di bangunan lama Gereja Basel, Bukit Bendera, iaitu lokasi Seminari Teologi Sabah pada masa kini.
Kepimpinan Gereja Basel memberi keizinan kepada jemaat SIB untuk menggunakan bangunan tersebut tanpa sewa. Kemurahan hati ini amat dihargai dan terus dikenang sehingga hari ini.
1980
Pertumbuhan Awal
Pada peringkat awal, kira-kira 100 orang jemaat menghadiri kebaktian. Menjelang tahun 1980, jumlah tersebut meningkat kepada kira-kira 200 orang.
Pada masa yang sama, kebaktian Bahasa Inggeris turut dimulakan oleh Rev. Dr. Chew Weng Chee.
Pastor pertama yang memimpin gereja ini ialah:
1981–1986
Perkembangan ke Likas
Menjelang awal tahun 1980-an, bangunan di Bukit Bendera tidak lagi mampu menampung pertambahan jemaat. Justeru, satu jawatankuasa ditubuhkan untuk mengumpul dana dan mencari tapak baharu bagi pembinaan gereja.
Pada tahun 1981, kerajaan negeri Sabah memperuntukkan sebidang tanah di Jalan Saga, Likas untuk pembangunan gereja SIB.
Jawatankuasa Pembangunan segera digerakkan dan diketuai oleh:
Pada Mac 1986, pembinaan gereja di Jalan Saga siap sepenuhnya. Kebaktian pertama diadakan pada April 1986.
Gereja ini dikenali sebagai Gereja SIB Likas, iaitu gereja SIB pertama yang dibina secara rasmi di Bandaraya Kota Kinabalu.
Jemaat datang dari pelbagai kawasan seperti Likas, Penampang, Inanam, Kepayan, Putatan dan Luyang.
Walaupun gereja tersebut boleh menampung kira-kira 600 orang, lokasinya yang agak jauh menyukarkan ramai jemaat, khususnya mereka yang perlu menaiki dua kali bas atau tidak memiliki kenderaan sendiri.
1987–1989
Penubuhan di Pusat Bandar
Cabaran perjalanan ke SIB Likas mendorong beberapa pemimpin gereja untuk memulakan satu lagi tempat ibadah di pusat bandar.
Antara pemimpin yang terlibat ialah:
Majlis Pemimpin SIB Likas menyambut baik cadangan tersebut. Sebuah lot kedai di Bandaran Berjaya kemudian berjaya disewa dan sekitar 100 orang jemaat menghadiri kebaktian mingguan.
Namun, dalam tempoh dua tahun, pertambahan jemaat menyebabkan ruang tersebut menjadi semakin sesak. Para pemimpin mula mencari lokasi yang lebih kekal dan strategik.
Dengan iman dan semangat perpaduan, empat lot kedai di Tingkat 3, Blok K, Kompleks Sinsuran berjaya dibeli dengan harga RM350,000 secara tunai.
Pembiayaan dilakukan melalui pembayaran pinjaman sekitar RM2,000 sebulan daripada Sabah Credit Corporation, geran putaran SIB Pusat sebanyak RM30,000 dan sumbangan peribadi jemaat.
Setelah kerja pengubahsuaian selesai, kebaktian rasmi pertama dimulakan pada Ogos 1989.
Gereja ini kemudian dikenali sebagai Gereja SIB Bandar Kota Kinabalu, atau ringkasnya SIB Bandaraya KK. Tempat ibadah ini masih digunakan sehingga hari ini.
Fasa Perluasan
Pembelian Lot Tambahan
Pertumbuhan jemaat yang berterusan menimbulkan keperluan baharu, termasuk ruang ibadah yang lebih luas, pejabat pentadbiran gereja, bilik-bilik sekolah minggu dan ruang pelayanan yang lain.
Para pemimpin kemudian mengambil satu lagi langkah berani dengan membeli empat lot tambahan di Tingkat 2 dalam bangunan yang sama.
Pembelian tersebut melibatkan kos sebanyak RM550,000 melalui pinjaman Sabah Credit Corporation.
Untuk melancarkan urusan pinjaman, sebuah syarikat bernama Wise Perfect Sdn. Bhd. telah ditubuhkan dan dikendalikan sepenuhnya oleh Majlis Sidang Gereja SIB Bandaraya sendiri.
WARISAN IMAN
Perjalanan SIB Bandaraya Kota Kinabalu merupakan kesaksian tentang kesetiaan Tuhan, keberanian para pemimpin terdahulu dan pengorbanan jemaat yang bersatu hati dalam membangunkan pelayanan gereja di pusat Bandaraya Kota Kinabalu.
Daripada sebuah persekutuan kecil di Kampung Air, pelayanan ini terus bertumbuh melalui Bukit Bendera, Likas, Bandaran Berjaya dan akhirnya berpusat di Kompleks Sinsuran.
Warisan iman ini terus menjadi asas kepada pelayanan SIB Bandaraya Kota Kinabalu dalam memuliakan Tuhan, memuridkan generasi dan menjadi berkat kepada masyarakat.
SIAPA KAMI
Firman Tuhan membentuk iman dan cara hidup kami.
Kami hadir, mendengar, mendoakan dan melayani.
Setiap orang diterima dan bertumbuh bersama.
Iman dinyatakan melalui kebaikan kepada semua.