
PMM
Ahad, 28 Jun 2026 pada 10:00 PG
Masa: 10:00 - 13:00
SIBBKK
Lighthouse Youth Gathering
♻️🌿 MARI SERTAI INISIATIF KITAR SEMULA “DARIPADA SISA MENJADI BERKAT” 🌿♻️ 📖 “TUHAN Allah mengambil manusia itu dan menempatkannya dalam taman Eden untuk mengusahakan dan memelihara taman itu.” – Kejadian 2:15 Sebagai pengikut Kristus, kita dipanggil untuk menjadi pengurus yang setia terhadap segala ciptaan Tuhan. Melalui inisiatif ini, kita bukan sahaja membantu memelihara alam sekitar, tetapi juga melabur dalam pembangunan rohani generasi akan datang. ⁉️Tahukah anda bahawa minyak masak terpakai yang dibuang ke dalam sinki atau longkang boleh mencemarkan sungai dan alam sekitar? 😱 Kini anda boleh mengubah minyak terpakai menjadi satu berkat buat alam sekitar dan pelayanan PMM gereja! 🛢️ MISI PENGUMPULAN MINYAK MASAK TERPAKAI 📅 Tempoh kutipan: Sekarang hingga 12 Julai 2026 Cara Anda Boleh Menyertai ✅ 1. Sumbangkan minyak masak terpakai PMM akan membeli minyak masak terpakai anda pada harga RM1.50/kg. ATAU 💚 2. Jadilah Penaja Inisiatif Ini Tiada minyak masak terpakai untuk disumbangkan? Anda masih boleh menjadi sebahagian daripada misi ini! Dengan hanya RM1.50, anda boleh menaja secara simbolik 1kg minyak masak terpakai yang dikumpulkan. 🌱 RM1.50 = Tajaan 1kg 🌱 RM7.50 = Tajaan 5kg 🌱 RM15.00 = Tajaan 10kg 🌱 RM30.00 = Tajaan 20kg Semua hasil daripada jualan minyak masak terpakai serta sumbangan tajaan akan disalurkan kepada Dana Pelayanan PMM, bagi menyokong aktiviti-aktiviti PMM seperti Lighthouse Camp 2.0, Pemuridan, Ibadah & Persekutuan PMM. ✨ Setiap titisan membawa perubahan. ✨ Setiap kilogram membawa harapan. ✨ Setiap sumbangan menjadi berkat. 📍 Bawalah minyak masak terpakai anda atau sertai sebagai penaja. 🌍 Pelihara Ciptaan Tuhan | 👥 Sokong Pelayanan PMM | ✝️ Muliakan Nama Tuhan
PIC: En. Kenneth · 0165885624
← Semua acara